Debaran malam pertama di alam kubur - kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar
berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan
perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh.
Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh
bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam
yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam
akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah
Al-Mukminun ayat 99-100:
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut
kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku,
kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – supaya aku mengerjakan
amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak!
Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata
yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam
barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari
Kiamat).
Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat
menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di
akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan
oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan
akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa
yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya
seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang
akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat).”
Dr A’idh Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang
cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair
arab pernah mendendangkan syairnya:
Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap
membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku
berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain.
Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada
malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah
kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di
antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan
nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan
rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah
engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu
riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka
kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan
berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang
engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada
satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan
berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!”
Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah
Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan
dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan
menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah
dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya
Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!” Mereka berkata kepadanya:
“Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan
pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu
diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka
bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia
pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”.
“Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari
bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas
tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya;
kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata:
“Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan
kebaikan halku?” Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti
tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan
sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah
dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia
menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang
berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu
benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata:
“Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat
oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
“Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu
hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah
baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang NERAKA dan udara
panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi
mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah
ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari
kuburnya.”
sumber
Berhati-hati dengan scammer yang menawarkan jawatan kosong
-
Mohon kepada pengunjung kami agar berhati-hati semasa memohon pekerjaan
(Job Scammer) terutamanya di TikTok, Facebook, Telegram, WhatsApp, Twitter
(X), yan...
No comments