KENAPA PERLU BERDOA


KENAPA PERLU BERDOA
Walaupun tujuan utama berdoa adalah mendekatkan diri kepada Allah, memang tidak dinafikan, manfaat doa begitu besar dalam kehidupan manusia. 

Dengan doa, pelbagai jenis emosi dapat dikendalikan. Dengan doa, ada harapan yang terbentang. Doa juga menjadi penyejuk pada saat menghadapi musibah.  Dengan doa, kita punya keazaman untuk memperbaiki diri.

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi”.
(Hadis Riwayat Hakim)


Dari Hadis di atas, ternyata doa adalah salah satu keistimewaan seorang Muslim yang Allah anugerahkan.

Perbuatan berdoa bukan sahaja memberi kekuatan, tetapi juga harapan dan tempat mencurahkan segala isi hati kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dalam setiap keadaan. Seseungguhnya doa juga adalah tempat kembalinya manusia setelah seharian melakukan usaha (ikhtiar).

Menariknya, perkataan ‘doa’ juga disebut dalam Al- Qur’an di beberapa tempat, seperti yang dijelaskan dalam laman web pendidikan ini.

Antaranya dengan membawa makna seperti berikut:

1. Perkataan atau Keluhan (Surah Al Anbiya: 15)
Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas dan Mudah Dihafal
Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.

2. Panggilan atau seruan (Surah Ar-Rum: 52)
Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas dan Mudah Dihafal
(Maka janganlah engkau berdukacita – wahai Muhammad – terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).

3. Meminta pertolongan (Surah Al-Baqarah: 23)
Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas dan Mudah Dihafal
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

kredit
Print Friendly and PDF

No comments